Minggu, 10 Juli 2011

dari seorang teman..

Andai lelaki tahu ..
Apabila seorang perempuan jatuh
cinta, lelaki itu tidak semestinya punya
segalanya tetapi lelaki itu adalah
segalanya di hatinya .
Andai lelaki tahu ..
Apabila seorang perempuan itu
mengalirkan air mata, itu bukan
bermakna dia lemah, tetapi dia sedang
mencari kekuatan untuk terus tabah
mencintai lelaki itu .
Andai lelaki tahu ..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal
perasaannya tapi percayalah , itu
maknanya dia sangat mengambil berat
dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja
pasangan yang baru bercinta , mereka
jarang berantem. Tetapi percayalah
semakin bertambah sayang mereka
pada seseorang , semakin pula banyak
sesuatu yang terjadi .
Andai lelaki tahu ..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak
pernah bermaksud untuk membuat
anda risih, tapi dia mahu lelaki
mengenalinya dengan lebih dekat .
Andain lelaki tahu ..
Apabila perempuan berkata dia mau
kamu berubah , itu bukan bermakna
dia tidak mahu menerima kamu
seadanya, tetapi dia mahu menjadikan
anda lebih baik, bukan untuk dirinya ,
tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu ..
Apabila perempuan cemburu dan tidak
percayakan kamu, bukan bermakna dia
tidak sayang ..tetapi dia terlalu
sayangkan kamu dan masih
mengangap kamu anak kecil yang
masih memerlukan sepenuh
perhatian. terkadang dia terlalu risau
sekiranya terlalu percaya, kamu akan
mengkhianati kepercayaan yang diberi .
Naluri keibuannya sangat kuat. Dia
hanya mahukan yang terbaik untuk
kamu .
Andai lelaki tahu ..
Apabila perempuan merajuk, jangan
kata dia melebay -lebay . Dia bukannya
mahu dipujuk dengan uang atau
hadiah , tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa
dihargai.
Andai lelaki tahu ..
Apabila perempuan jarang
mengatakan ‘i love u ’, itu tidak
bermaksud dia tidak mencintai kamu
tetapi dia mahu lelaki itu merasai
sendiri cintanya, bukan hanya hadir
dari kata- kata tetapi juga melalui
bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu ..
Apabila perempuan kata dia rindu
sama kamu, dia benar-benar
maksudkannya.
Andai lelaki tahu ..
Apabila perempuan bilang lelaki lain itu
lebih baik dari kamu, jangan percaya
kata-katanya kerana dia hanya mau
menguji kamu. Dia mahu melihat
sejauh mana kamu sanggup menjadi
yang terbaik di matanya . Walaupun
sebenarnya memang kamulah yang
terbaik di hatinya . Selagi dia
denganmu , percayalah , walaupun
perempuan menganggap masih ramai
lagi yang lebih baik di matanya tetapi di
hatinya , kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu ..
Apabila perempuan menjadi tengking,
dia bukan bermaksud untuk menjadi
tengking, tapi dia mahu melihat sejauh
mana lelaki itu mampu bersabar
dengan sikanya . Percayalah , hati
perempuan itu sangat lembut .
Andai lelaki tahu ..
Apabila perempuan berkata, “ tolong
tinggalkan saya!” , dia tidak bermaksud
menyuruh anda pergi selamanya . Dia
hanya mahu menenangkan fikirannya
sebentar saja. Apabila dia kembali
tenang , percayalah dia akan mencari
anda semula . Itu tandanya dia benar-
benar mencintai anda . Perempuan sulit
untuk mengawal perasaan. Dia terlalu
emosional . Tapi dialah yang paling
menyayangi anda dan sangat sensitif
dengan perubahan pada diri anda .
Andai lelaki tahu ..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki
dan perempuan itu dengan perbedaan
yang tersendiri. Tetapi sekiranya
mereka saling memahami, mereka
akan saling melengkapi dan
menyempurnakan . Perempuan itu
diciptakan oleh Allah indah sekali . Di
sebalik air matanya, tersimpan seribu
satu kekuatan yang bakal menjadikan
seorang lelaki itu merasa selamat
bersamanya . Biarpun sebenarnya
perempuan itu tampak lemah tapi dia
punya kekuatan tersendiri yang bisa
menggoncang dunia dan mungkin bisa
pula membuat lelaki menjadi lemah
kerananya. Jadi hargailah kehadiran
seorang perempuan dalam hidup
anda kerana dia didatangkan bukan
dengan kelemahan sahaja tetapi dia
juga ada kekuatan untuk menyongkong
anda dan membuatkan hidup anda
lebih sempurna. Dialah yang bakal
menjadi perempuan bekerjaya, isteri
juga ibu yang terbaik untuk anak2
anda .

Published with Blogger-droid v1.7.2

Template by:

Free Blog Templates